Wednesday, 11 May 2016

Permulaan

Assalamualaikum,

Blog ini bertujuan untuk saya berkongsi apa yang saya lalui dan juga fasa pregnancy saya sebagai dialysis patient.(sebelum saya lupa.. sebab sekarang kandungan dah nak masuk 6 bulan)

Jom saya perkenalkan diri saya. :)

Okay.. Nama saya aisyah. Berumur 29 tahun. agak skema disini, ke saya memang skema? Hurm?
Sudah berkahwin dan bakal menjadi ibu pada bulan 9 tahun ini InsyaAllah.

Saya kini menetap di bandar baru bangi. Selepas berkahwin pernah duduk sekejap dikajang. Sebab condition saya sekarang terpaksa berpindah balik ke rumah parents saya. ><

Saya mula tahu condition saya (ada Ckd) pada tahun 2008. Pada masa tu, saya masih belajar di mmu cyberjaya. Tapi saya masih continue study saya dan masih boleh bekerja selepas study.

Kira2 tahun 2012, saya mula rasa tak sedap badan dan cretanine saya yang pd mulanya dlm 300++ (under control lagi) mula naik agak mendadak ke 600++ dan akhirnya pada tahun 2014 menjadi 2000++. Kaki mula membengkak dan start susah bernafas.

Jadi, saya ringkaskn disini.. dari pada itulah saya start dialysis pada bulan Ogos 2014. Pada akhir februari 2015 saya berkahwin dgn tunang aka husband sy skrg ^^  alhamdulillah walaupun husband tahu condition saya, dia masih berkahwin dgn saya.

Awal tahun 2016 sy disahkn mengandung :) dan dari sini saya akan cuba kongsi perjalanan pregnancy saya dlm blog ini.. sebab saya rasa condition saya ini jarang berlaku terutamanya di Malaysia.. dan harapnya sesiapa yg pernah atau sedang melalui apa yang saya lalui ini boleh sama2 kita berkongsi :) sebab saya sendiri tak banyak tempat untuk refer kalau ada sbrg masalah.

Saya akan try continue sebaik mungkin dalam blog ini..

** Maaf jika saya tak pandai menulis. Saya akan try improve from time to time ya~~