Monday, 1 August 2016

Saya dah bersalin! Part 2

Ini sambungan dari entri yang sebelumnya disini Saya dah bersalin! Part 1

Nak dijadikan cerita.. Macam2 juga la yang berlaku sebelum masuk wad kali kedua tu.

Almost hari2 saya ade je appoinment. Dialysis 5 kali seminggu. Tak buat dialysis cuma hari Rabu dan Ahad je. Kekadang Rabu tu tukar hari Khamis memandangkan appoinment dengan nephrologist ada hari rabu je. Jumpe plak nephro dengan O&G pada hari yang sama. senang la sikit kalau jumpa dua2 sekali dalam hari yang sama. Appoinment Serdang ni sebulan sekali. Appointment dengan KK pulak tu 2 minggu sekali. jawabnye almost every day saya ade je kena pergi hospital. Free hari Ahad je, mmg kalau hari ahad tu lega sangat2 dapat duduk rumah. 

Komplikasi awalnya ialah masalah HB low. Mula2 pregnant tu bacaan 12, memang cantik sangat time tu. Bila appoinment check KK jadi 10.. lama2 turun sampai 7. Bagitau dekat KPJ, terus Doktor Vicent suruh masuk darah 2 pint.Naikkan sekali ubat tambah darah (Recormon).Masuk sekali iron. KK pun ada suruh makan iberet folic(pegi serdang dapat free je x payah beli). Lepas masuk darah, tambah darah dan makan ubat tu. HB maintain dalam 9 setiap kali check kat KK atau hospital. Okay la kot untuk orang macam saya ni. 



Ni je sempat ambik masa masuk darah tu. Darah saya A Positif. 

Komplikasi lain awal2 tu ada bleeding2 skit. Maybe sebab time tu placenta kat bawah. tapi lama2 stop dan cek2 placenta pun naik cantik ke atas.Alhamdulillah.. Cuma.. masa week 24 buat full scan. Baby semua tak ada masalah, masalah nya air ketuban banyak.. Memang time ni perut saya besar beza dari orang lain pregnant 24 minggu.. maybe dlm 28 macam tu kot. Doktor yang scan tu suruh cek dengan doktor ramesh (Maternal Fetal specialist) dari Klang. Doktor ni ada 2 minggu sekali je datang ke serdang. Dalam 26 minggu tu jumpa Dr Ramesh, memang dia cakap air ketuban banyak tapi baby semua normal. Tapi seperti doktor2 lain cakap maybe kena keluarkan baby awal sebab takut komplikasi maybe dalam 34 to dah kena keluarkan dah baby. tapi saya time tu doa sangat2 baby atleast keluar 37 minggu.

Nak dijadikan cerita masa minggu ke 27 tu BP selalu sangat tinggi (cek time dialysis). Tapi satu hari ni pening sangat2. Memang terbaring je dalam bilik tak boleh bangun langsung.Hari Ahad kalau tak silap. time tu parents dengan husband semua kat luar call diorang suruh balik sebab tak tahan sangat. Malam tu x boleh nak buat apa sebab tak tahan sangat pening. Diorang hantar ke serdang lagi. T_T 

Kali ni pergi la ke emergency biasa. Turun2 je dari kereta ada staff situ nampak terus suruh pergi PAC(Patient admission centre) dekat labour room. oh well.. perut memang besar macam dah sarat sangat diorang ingat nak bersalin dah kot. Saya masuk dalam terus, husband daftar kat luar. Siap mintak Sijil nikah lagi. memang tak tahu pun nak kena bawa since tak de pula rasa nak bersalin lagi. tu diorg settlekan dekat luar.. yang saya dekat dalam mcm biasa cek BP, dan macam biasa memang high la kan.. time tu pening jugak, nurse bagi panadol dan ubat BP. BP turun la sikit. Tapi saya bagitau la jugak saya ada discharge putih2 dalam beberape hari tu. so diorang pun cek la ikut bawah :'( sakit.. 

Diorang cakap maybe fungus, tapi sampai sekarang ni saya still x sure ape.. Husband pula boleh plak assume maybe air ketuban bocor skit, memandangkan air ketuban banyak.. entah la kan.. layan je la time tu.. 

Masuk wad lagi... 

Masa ni masuk wad lain, wad untuk ibu2 bersalin.. Wad 5E kot kalau x silap. kali ni rasa pelik jugak sebab kebanyakkan orang kat situ semua nak bersalin atau dah bersalin. kita ni baru je 27 minggu.. Nak bersalin jugak ke? Alhamdulillah lah time tu semua still stable. BP diorang dapat control sebab tambah ubat. 

Duduk 3 hari juga kat situ, saya kalau masuk hospital serdang memang duduk kelas ketiga je. sebabnya high risk. doktor suruh duduk depan nurse.. minta la macam2 mana pun tak dapat kelas lain >< Before nak balik tu doktor ajak buat kaunseling sikit pasal pregnancy ni. Bincang pasal risiko dan kemungkinan bersalin awal. Ada 4 doktor, 2 doktor nephro, 2 doktor O&G. Bincang macam2 dengan diorang. Doktor2 ni baik sangat. Boleh tanya macam2. Doktor2 tu tak de la paksa sangat pasal bersalin awal cube kemungkinan saja kalau ade komplikasi. Tp doktor ada suruh ambik perancang, atleast gapkan baby dalam 5 tahun macam tu.. saya berat hati juga, tapi husband cam cakap ok je. Elok untuk saya. Mana tahu dalam masa 5 tahun ni dapat buat transplant. so time tu memang xda problem nak dapat anak lagi InsyaAllah :) Lepas kaunseling tu balik la kerumah. Fuhh lega betul time tu dapat balik.. huhu.. 

Selebihnya.... To be continue.... in part 3 ^^ 

No comments:

Post a Comment